Gaya Hidup Sihat Lebih Menyeronokkan Dengan Amazin’ Graze

Gaya Hidup Sihat Lebih Menyeronokkan Dengan Amazin’ Graze

Kebanyakan rakyat Malaysia agak pantang mendengar perkataan “sihat” dan “bagus untuk kesihatan” apabila merujuk pada makanan. Hal ini memang tidak menghairankan kerana tiada sesiapapun yang dapat menahan diri daripada godaan makanan Malaysia yang enak dan pelbagai.

Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa kita sudah berputus asa untuk cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan statistik kesihatan yang semakin meruncing, khususnya, dalam kalangan pesakit diabetes dan obesiti, terdapat kepentingan untuk kita mula fokus ke arah menyihatkan badan dan bukannya mementingkan  keinginan lidah serta perut.

Sebelum kita berfikir jauh tentang jenis-jenis diet, cara bersenam terbaik dan sebagainya, perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah,

“Bagaimana untuk jadi sihat tanpa perlu mengorbankan makanan kegemaran kita?”

 

Cetusan Idea Amazin’ Graze

Sebelum anda sempat mendapatkan jawapan soalan itu daripada Google, kami sudahpun tahu. Jawapannya ada pada dua perkataan ringkas; Amazin’ Graze.

Kisah Amazin’ Graze bermula dengan tiga kaki makan tegar. Amy Zheng, Ching Yi Lee dan Sabrina How merupakan profesional dalam bidang masing-masing tetapi masih ada satu kekosongan dalam hidup mereka. Kesibukan membina kerjaya membuatkan sesiapa sahaja, termasuklah tiga gadis tersebut mengalami kesukaran untuk menyeimbangkan pemakanan dan sesi senaman mereka dalam jadual mereka yang padat. Situasi mereka semakin parah apabila mereka berada dalam dilema dan perlu memilih antara makanan dan kesihatan. Apakah pilihan mereka? Menubuhkan Amazin’ Graze.

Selepas membuat keputusan tersebut, mereka tidak berpaling lagi. Kini, Amazin’ Graze sudah berusia tiga tahun dan berjaya menempatkan diri mereka sebagai syarikat snek sihat yang menyelerakan dalam kalangan komuniti penjagaan kesihatan tempatan.

 

Keunikan Amazin’ Graze

Bagi anda, mungkin Amazin’ Graze kelihatan sama seperti mana-mana syarikat pengeluar snek sihat yang ada di Malaysia. Tambahan pula, dengan penjenamaan produk yang dilabel sebagai sihat, ramai yang pasti sudah mengerutkan muka apabila membayangkan makanan arnab yang tawar-hebiar. Satu gambaran yang tidak menyelerakan, bukan?

Kami tidak menyalahkan anda kerana itulah persepsi awal pertama kami sebelum mencuba produk Amazin’ Graze.  Sejujurnya, kami betul-betul terkejut apabila mencuba snek kacang campuran mereka. Dari segi rasa, sedikitpun kami tidak menyangka bahawa snek tersebut ialah snek sihat kerana setiap gigitan memberikan letusan rasa lemak yang penuh berperisa. Cukup ketagih!

Siapa sangka, anda tidak perlu kompromi rasa demi meningkatkan lagi nilai kesihatan sesuatu makanan dan Amazin’ Graze berjaya melakukan sesuatu yang mustahil menjadi realiti.

 

Tawaran Produk Amazin’ Graze

Amazin’ Graze menawarkan empat kategori produk iaitu;

a) Makanan Super
b) Rangkaian Granola
c) Rangkaian Kekacang
d) Rangkaian Mentega Kekacang

 

Setiap produk tersebut dihasilkan secara manual dan tidak mengandungi sebarang pengawet, penambah perisa, garam dan juga gula. Amazin’ Graze meletakkan kepentingan untuk menyerlahkan perisa asli setiap produk yang mereka hasilkan, khususnya bagi rangkaian produk mentega kekacang mereka.

 

Perisa Malaysia Boleh Disihatkan 

 

Bagi anda yang mahukan lebih perisa, jangan risau, Amazin’ Graze tidak melupakan anda. Terdapat empat produk Amazin’ Graze yang diberikan sentuhan perisa klasik kegemaran rakyat Malaysia dengan mengetengahkan perisa bahan tradisional seperti pandan, santan, daun kari dan gula Melaka. Walaupun sedang berdiet, mereka memastikan anda tidak merindui perisa Malaysia yang cukup sebati dengan citarasa kita. Semua orang menang!

Nak tahu apa lagi yang ditawarkan, lihat sahaja rangkaian produk Amazin’ Grace di sini.

 

Kualiti dalam Makanan Sihat
Kacang perisa pandan dan santan? Siapa yang tak nak!

 

Keunikan Amazin’ Graze ini terhasil daripada proses eksperimentasi yang panjang dan juga penjagaan kualiti dalam penyediaan setiap produk yang mereka keluarkan. Agak ironik jika produk sihat atau super yang sepatutnya memberikan manfaat kesihatan tidak disediakan secara bersih. Agak bertentangan, bukan?

Setiap produk Amazin’ Graze disediakan setiap hari dalam kuantiti yang ditetapkan agar setiap gigitan atau suapan anda kaya dengan rasa dan memadai untuk mengalas perut anda sementara menunggu waktu makan. Cara penyediaan produk mereka cukup teliti agar setiap bahan yang digunakan tidak melebihi kandungan kalori yang dibenarkan. Kalau ini bukan bukti dedikasi Amazin’ Graze kepada anda, kami tidak tahu apa lagi yang boleh.

 

Kudap dengan Produk Amazin’ Graze

Kini, anda sudahpun mengenali Amazin’ Graze dan sebab anda perlu menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat anda. Tiada alasan lagi untuk anda bertangguh lagi! Ayuh ke laman sesawang mereka, www.amazingraze.co dan mula membeli-belah.

Percayalah, pandangan anda tentang konsep gaya hidup sihat akan berubah dengan suapan pertama produk Amazin’ Graze.

 

The post Gaya Hidup Sihat Lebih Menyeronokkan Dengan Amazin’ Graze appeared first on Butterkicap.

(Visited 1 times, 1 visits today)
7
Like
Save
New Malaysia News