Hotel Halal di Bali

Hotel Halal di Bali

Dengan pelbagai tarikan yang unik, tidak hairanlah jika Bali menjadi antara destinasi utama tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Di Bali, anda boleh berjalan di antara dinding-dinding kuil yang telah terbina sejak beratus tahun dahulu, bersiar-siar di antara teres sawah padi, menikmati pertunjukan budaya yang unik, menyelam skuba di antara kawasan selam terbaik dunia, dan banyak lagi!

Jika itu semua sudah cukup membuatkan anda teruja untuk merancang percutian ke Bali, berikut ialah senarai hotel halal yang telah kami senarai pendekkan untuk kemudahan anda, merangkumi 3 kategori bajet yang berbeza. Jom kita lihat!s

Hotel Halal di Bali untuk Percutian Mewah (5 Bintang)

1. Banyan Tree Ungasan

Sebagai salah satu daripada rantaian hotel mewah terkemuka di Asia, anda pasti sudah dapat membayangkan suasana penginapan serba mewah di Banyan Tree Ungasan. Hotel ini berjarak hanya 10 minit jika memandu dari Pantai Jimbaran yang dikenali sebagai salah satu pantai terbaik dan juga syurga makanan laut di Bali.

Vila-vila di hotel ini semuanya mempunyai kolam renang sendiri, jadi anda dapat menikmati sesi berendam atau renang tanpa sebarang gangguan. Luangkan juga masa untuk memanjakan diri anda di spa.

Tentang makanan pula, para chef di sini bersedia untuk menyediakan makanan halal khas untuk anda – daging mentah yang digunakan untuk masakan dibekalkan oleh pengeluar yang halal. Jika anda ingin menikmati persembahan kebudayaan Bali yang unik sambil menikmati selera, Restoran Bambu adalah tempat yang anda harus tujui.

2. The Stones – Legian, Bali

Hotel The Stones ini terletak betul-betul di kawasan pantai antara Kuta dan Legian. Selain kawasan pantai, anda juga dapat menuju ke pusat membeli-belah dan deretan restoran dengan hanya berjalan kaki sahaja. Sebagai salah satu hotel di bawah naungan Marriott’s Autograph Collection Hotel, suasana di bilik dan di sekitar ruang hotel ini pasti akan menambat hati anda.

Kawasan kolam renang yang luas dikelilingi oleh tanaman hijau yang subur, di mana anda boleh pilih untuk bersantai sama ada di pondok kecil, buai rajut (hammock), atau kerusi yang banyak tersedia. Jika anda lebih gemarkan privasi, setiap bilik juga dilengkapi dengan tab mandi di balkoni.

Dan yang paling best, hotel ini hanya menyediakan makanan halal!

 

3. X2 Bali Breakers Resort

Terletak di pinggiran selatan pulau Bali, X2 Bali Breakers Resort adalah tempat yang tepat untuk ditujui jika anda mahu merehatkan minda. Vila-vila di hotel ini direka khas untuk membolehkan para pengunjung menikmati kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan di sekitar hotel.

Dengan kolam renang di setiap bilik, anda boleh terapung sambil melihat keindahan langit biru dan burung-burung berterbangan.

Sebelum ketibaan anda, anda boleh meminta agar pihak hotel mengeluarkan minumam beralkohol dari bilik dan menyediakan makanan halal sepanjang penginapan anda.

 

4. Nusa Dua Beach Hotel & Spa

Jika anda inginkan pengalaman percutian mewah yang unik, Bali Nusa Dua Hotel adalah antara pilihan terbaik. Hotel ini direka untuk menyerupai binaan klasik istana Bali dan pernah diduduki oleh ramai individu ternama dalam sejarah, antaranya Ronald Reagan.

Selain itu, antara sebab utama hotel ini memasuki senarai ini ialah kerana ianya salah satu daripada sebilangan kecil hotel bertaraf 5 bintang, di mana restorannya mempunyai sijil halal dari MUI (Majlis Ulama Indonesia). Nikmati santapan istimewa tradisional Bali di restoran Raja’s Balinese Cuisine sambil menghirup udara pantai yang nyaman.

Hotel Halal di Bali untuk Percutian Yang Menyenangkan (4 Bintang)

5. Bhuwana Ubud Hotel & Farming

Bagi anda yang mementingkan kesihatan dan kelestarian alam sekitar, apa kata anda cuba menginap Bhuwana Ubud Hotel & Farming. Hotel ini membawa konsep ‘agrotourism’ yang semakin popular di Bali. Terletak betul-betul di tengah sawah padi di Kampung Pengosekan, udara segar di sini pastinya dapat memberikan nafas baru kepada jiwa anda.

Makanan di hotel ini disediakan menggunakan bahan-bahan yang didapati samada dari ladang hotel ini sendiri atau para petani tempatan – dan yang palin penting, semua juadah yang dihidangkan adalah halal!

Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda cuba seperti yoga, kelas memasak, berbasikal, bersiar-siar di sawah padi, dan banyak lagi.

 

6. Grand Zuri Kuta Bali

Hotel Grand Zuri Kuta Bali yang terletak di pusat bandar Kuta ini berkedudukan sangat strategik – lapangan terbang, pantai, kawasan Seminyak dan Denpasar hanya berjarak kurang dari 30 minit jika memandu. Jika anda menginap di salah satu bilik suite, anda dapat menikmati pemandangan indah kolam renang.

Restoran Cerenti di dalam hotel ini juga dibuka 24 jam sehari dan menyajikan pelbagai masakan asli Indonesia dan antarabangsa, dan kesemuanya halal.

 

7. The Radhana Kuta Hotel

The Radhana Kuta Hotel adalah antara hotel halal di kawasan Kuta yang terletak tidak jauh dari Pantai Kuta dan pusat membeli-belah (Bali Galeria Mall dan Discovery Mall), semuanya hanya berjarak 10 minit jika memandu. Anda juga akan mendapat akses yang baik ke lapangan terbang, kawasan membeli-belah di Seminyak dan Legian.

Arah kiblat ditandakan di setiap bilik dan sebagai hotel halal, premis ini tidak menjual sebarang alkohol dan semua makanan yang disajikan adalah halal.

 

Hotel Halal di Bali untuk Percutian Bajet (2-3 Bintang)

8. The Grand Santhi Hotel

Jika anda mencari hotel yang memberikan nilai terbaik untuk bajet anda, The Grand Santhi Hotel pastinya menarik minat anda. Terletak di tengah-tengah kawasan Denpasar, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah, anda hanya sepelaung sahaja daripada pelbagai tempat menarik seperti Muzium Bali, pusat membeli-belah, dan deretan restoran.

Hotel ini juga berstatus halal di mana semua makanan yang disajikan dapat anda nikmati tanpa ragu-ragu.

 

9. Wina Holiday Villa

Senibina dan hiasan Wina Holiday Villa yang berkonsep klasik Bali ini pastinya akan menimbulkan suasana tenang sepanjang penginapan anda di sini. Hotel ini menyediakan pengangkutan ulang-alik (shuttle) ke Jalan Legian dan Dataran Kuta (5 minit jika memandu) dan lapangan terbang (10 minit jika memandu).

Tarikan utama lain hotel ini yang pastinya memenangi hati anda ialah restoran Lagenda Malaysian Food Garden yang diiktiraf halal oleh MUI dan menyajikan makanan lazat dari seluruh dunia.

 

10. Bayt Kaboki Hotel

Bayt Kaboki Hotel menawarkan tempat penginapan yang selesa dengan kadar yang sangat berpatutan. Ia terletak agak jauh dari kawasan Kuta yang sibuk. Tetapi jangan risau, hotel menyediakan perkhidmatan ulang-alik untuk memudahkan pergerakan anda. Hotel ini disyorkan jika anda bercadang untuk bepergian dengan keluarga, kerana ada kolam renang kanak-kanak dan taman permainan di tempat.

Sarapan yang disediakan di hotel adalah halal dan tiada alkohol disajikan di premis ini.

 

The post Hotel Halal di Bali appeared first on Expedia Malaysia Travel Blog.

(Visited 5 times, 1 visits today)
3
Like
Save

Comments

Write a comment

*