RM10

7 Resepi Murah dan Mudah dengan Kos Kurang RM10 Sepinggan
Resepi murah tidak semestinya anda perlu menggunakan bahan masakan yang tidak berkhasiat dan berkualiti. Semuanya bergantung pada perancangan dan cara anda mencari bahan-bahan masakan. Sebagai orang bujang dan pelajar, anda pasti sedang mencari cara untuk masak makanan sendiri tanpa menghabiskan wang yang banyak dan membeli makanan di luar. Jadi, pastikan anda baca rencana ini kerana kami pasti, anda perlukannya! Anda juga perlu mengguna bahan masakan tersebut dengan sepenuhnya dalam masakan supaya mendapat kuantiti makanan yang maksimum. Lihatlah 7 resepi mudah dan murah di bawah.   Resepi Murah #1: Nasi Goreng Kampung Nasi goreng ialah masakan yang takkan pernah membuatkan anda berasa lapar atau memerlukan peruntukan belanjawan yang tinggi. Hidangan ini juga merupakan salah satu resepi murah yang paling senang dimasak! Dengan sedikit nasik, ikan bilis goreng, cili, bawang merah dan bawang putih, anda pasti akan menghasilkan satu hidangan yang mengenyangkan. Dapatkan resepinya di sini.   Bahan-Bahan: 1 cawan (170g) ikan bilis (RM0.34) 2 cawan (680g) nasi sejuk (RM1.76) 1 cawan (170g) sayuran campur (RM1.00) 3 ulas bawang merah (RM0.48) 2 ulas bawang putih (RM0.03) 1 biji cili merah (RM0.10) 10 biji cili padi (RM0.10) Garam secukup rasa Jumlah: RM 3.81   Resepi Murah #2: Lemak Masak Labu Kredit: resepisedap-nennie.blogspot.sg Apabila kita fikir tentang resepi murah dan mudah, tiada yang memenuhi kedua-dua kriteria itu dengan baik seperti resepi-resepi lauk kampung. Dengan sedikit labu dan belacan, anda akan kenyang seharian.   Bahan-Bahan: 500g labu kuning, dipotong dadu (RM1.74) 200g santan (RM1.67) 1 cawan air 1 bawang besar, dihiris (RM0.16) 2 biji cili merah, dihiris  (RM0.20) 2 sudu besar (12.5g) ikan bilis (RM0.03) Garam secukup rasa Daun kunyit, dicarik (RM1.29) 1 sudu kecil (4.2g) serbuk kunyit (RM0.08) 2 batang serai – dititik (RM0.33) 1 sudu kecil (4.2g) lada hitam (RM0.07)   Cara-Cara: Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit dalam periuk. Rebus labu sehingga empuk. Apabila labu empuk, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan lada hitam. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan hidang. Jumlah: RM 5.57 Resepi Murah #3: Ayam Masak Kicap Kredit: kipassiling.blogspot.sg Rakyat Malaysia cintakan daging. Kita tak dapat bertahan lama tanpa makan daging dan masalah kewangan pun tidak dapat membuatkan anda fikir dua kali untuk membeli daging demi kepuasan anda. Resepi mudah dan termudah untuk masakan berdaging semestinyalah resepi Ayam Masak Kicap. Jadi, apa tunggu lagi? Lekaslah memasak!   Bahan-Bahan: 1 potong dada ayam, potong pada ketulan besar, perap dan goreng (RM3.00) ½ cawan kicap manis (RM1.06) ½ bawang Holland, dipotong dadu (RM0.67) 1 biji cili merah (RM0.10) 1 biji cili padi (RM0.01) Daun kari (RM0.10) Bahan kisar: 3 ulas bawang merah (RM0.48) 2 ulas bawang putih (RM0.03)   Cara-Cara: Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam. Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.   Jumlah: RM 5.45   Resepi Murah #4: Cendawan Masak Lemak Cili Api Kredit: himpunanresepibonda.blogspot.sg Jika anda seorang yang kaki makan sayur atau sukakan makanan pedas, inilah hidangan yang anda patut cuba. Kami yakin, sekali anda cubanya, anda mahu makannya berkali-kali. Lazimnya, masak lemak dimasak menggunakan daging lembu, ayam atau ikan. Namun begitu, masak lemak juga boleh dimasak menggunakan sayuran juga. Anda mungkin berasa ragu-ragu tapi resepi masak lemak sayur ini pasti membuatkan anda terfikir untuk jadi vegetarian nanti.   Bahan-Bahan: 400g cendawan tiram (potong kecil) (RM4.80) 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69) 2 ulas bawang putih (RM0.03) ½  sudu besar udang kering (direndam & ditapis) (RM0.50) 1 cawan (170g) air 200g santan (RM1.67) ½ sudu kecil kunyit (RM0.08) Seinci batang serai (RM0.11) Seinci halia (RM0.50) 10 biji cili padi (RM0.10) 1 biji cili merah (RM0.10)   Cara-Cara: Letakkan sedikit minyak. Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis, bawang besar, bawang putuh, cili padi, kunyit dan serai. Masukkan cendawan dan goreng kilas. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Masak pada api perlahan dan kacau. Apabila mendidih, padamkan api dan hidang. Jumlah anda? RM 9.58   (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});   Resepi Murah #5: Ikan Bilis Tempe Goreng Kredit: aziejaya.blogspot.com Jika anda mahu berdiet dan tak mahu berkompromi dengan rasa dan kekenyangan anda, inilah resepi paling sesuai untuk dicuba. Sama ada dimakan dengan nasi atau ini, inilah resepi murah yang tidak akan basi jika disimpan dengan bail. Anda hanya perlukan kacang tanah, cili, kicap manis, tempe dan ikan bilis. Dengan bajet sebanyak RM10, tiada masalah untuk anda dapatkan bahan-bahan tersebut.   Bahan-Bahan: 1 cawan ikan bilis, digoreng (RM0.34) 200g tempe, dihiris nipis dan digoreng rangup (RM0.50) 3 sudu besar (37.5g) cili boh (RM0.08) 5 ulas bawang merah, dikisar (RM2.80) Garam dan gula secukup rasa   Cara-Cara: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili boh sehingga wangi serta masak. Masukkan bawang merak dikisar. Tumis hingga wangi dan masukkan sedikit gula serta garam. Masukkan tempe dan ikan bilis goreng. Gaul rata dan padamkan api untuk kekalkan kerangupannya. Jumlah: RM 3.72   Resepi Murah #6: Sup Bebola Ikan dan Cendawan Kredit: craftbnb.com Jika anda tak lalu untuk makan banyak atau tidak berselera untuk makan dek kerana melihat duit anda yang semakin berkurangan,resepi ini pasti mengubatkan hati anda yang lara.   Bahan-Bahan: 400g cendawan tiram (dipotong kecil-kecil) (RM4.80) 10 bebola ikan (dibelah dua) (RM0.60) 3 ulas bawang merah, dicincang (RM1.69) 2 ulas bawang putih (RM0.03) 1/2 sudu udang kering (rendam & ditapis) (RM1.50) 1 cawan air ¼ lad sulah ¼ garam   Cara-Cara: Pan [...]
Save
For RM10, you can enjoy an endless supply of McDonald’s D24 Durian McFlurry tomorrow
McDonald’s hosts All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry event is sure to attract durian lovers from all over the country. — Picture courtesy of McDonald’s Malaysia KUALA LUMPUR, July 16 — Durian lovers, if you haven’t already marked your calendars you might want to keep tomorrow clear for McDonald’s All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry event.The D24 Durian McFlurry is one of McDonald’s hottest-selling menu items and you can expect to savour a free-flow of the irresistible treat at all McDonald’s restaurants nationwide.Made with vanilla soft serve mixed with real D24 durian, it is the ultimate treat for all fans of the king of fruits which is why McDonald’s will be setting aside two one-hour sessions (3pm to 4pm and 5pm to 6pm) for this exclusive, never-before-held event.Do take note that each hourly session will be limited to 20 people on a first-come, first-served basis. Registration for the first session will start at 2.30pm while registration for session two will be at 4.30pm.Customers lucky enough to join the sessions will be seated at a designated area in the restaurant and shall be entitled to unlimited refills of the creamy D24 Durian McFlurry during each hourly session.This exclusive offer is valid for dine-in customers only at RM10 for adults and children aged four and above. Little ones under the age of three eat for free.  For more details, check out McDonald’s Facebook page or website here. You can also follow the Durian McFlurry craze on social media with the hashtag #DurianMcFlurry.  [...]
Save
CIMB Research upgrades Maybank to Add, TP RM10
KUALA LUMPUR: CIMB Equities Research is upgrading Maybank from a Hold to an Add and raised the target price from RM9.75 to RM10 on the positive outlook for its insurance income. [...]
Save