saya

Lawatan Kesekian Kali Saya ke Kuala Selangor
Apabila bercakap tentang Kuala Selangor mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa daerah ini juga mempunyai beberapa tarikan uniknya yang tersendiri. Dengan jarak perjalanan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur memudahkan lagi untuk datang ke sini terutamanya pada hujung minggu. Berikut adalah beberapa tempat yang saya pergi ke Kuala Selangor. 1. Bukit Melawati Bukit Melawati memang menjadi salah satu tempat yang wajib untuk saya lawati apabila berkunjung ke Kuala Selangor kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu merupakan sebuah kubu pertahanan kesultanan Melayu Selangor satu ketika dahulu. Di sini terdapat dua spesis monyet yang terancam iaitu lutung kelabu yang mempunyai bulu-bulu perak dan juga kera ekor panjang yang bebas berkeliaran di kawasan sekitar. Saya pun turut memberi mereka makan sebelum pergi ke tempat selanjutnya. Di Bukit Melawati ini saya tidak pernah melupakan pemandangan panorama yang menakjubkan menghadap laut selat Melaka. Menurut saya, waktu yang paling tepat untuk melawat Bukit Melawati adalah pada waktu senja. Melihat matahari terbenam terasa amat menenangkan. Setelah penat bersiar-siar, saya pun singgah di restaurant Auntie Foo untuk beristirahat dan makan sejenak. 2. Kampung Kuantan Fireflies Park Kampung Kuantan Firefly tentu saja sudah tidak asing lagi bagi para pelancong Malaysia yang melawat Kampung Kuantan. Banyak sekali pelancong dari Kuala Lumpur yang meneroka Kampung Kuantan untuk melawat Firefly Park ini. Saya pun tentu bertanya-tanya dan ingin merasai sendiri bagaimana keadaan ketika menaiki bot kayu dalam suasana gelap gelita menyelusuri sungai Selangor dikelilingi kawasan hutan paya bakau di sekitar. Bagi saya yang pertama kali melihat kelip-kelip dalam berkumpulan di sepanjang tebing sungai yang menerangi kawasan sekeliling merupakan satu perasaan yang amat mengujakan. Namun, ianya agak sukar untuk mengambil gambar disebabkan oleh keadaan yang gelap. Disebabkan oleh aktiviti ini hanya dapat dilakukan pada waktu malam, jadi saya memilih untuk menginap di Vi Boutique Hotel kerana jaraknya yang dekat memudahkan perjalanan. 3. Sky mirror Untuk ke Sky Mirror ini, saya perlu menaiki bot dari jetty di pekan Kuala Selangor yang mengambil masa sekitar 30 minit sebelum sampai di satu kawasan seperti sebuah pulau di tengah laut. Sepanjang perjalanan saya dapat melihat sekumpulan burung-burung bertebangan di tengah laut dan sekitar kawasan hutan paya bakau. Setelah tiba di lokasi ini, saya merasakan bahawa ianya berbaloi dengan harga yang ditawarkan disebabkan saya dapat mengambil beberapa gambar yang unik kerana pantulan dari langit seolah-olah sebuah cermin besar. Pihak tour agency juga menyediakan pelbagai jenis props secara percuma untuk digunakan. Kerana saya pergi ke sana pada waktu matahari terbenam, terdapat lebih sedikit orang berbanding pada pagi hari. Saya mengambil banyak sekali gambar-gambar lucu dari saya dan rakan-rakan saya! 4. Pasir Penambang Ini adalah kali pertama bagi saya untuk berada dekat dengan burung helang yang selalunya tidaklah begitu jinak dengan kukunya yang tajam. Setelah mendapat tahu bahawa di Pasir Penambang juga kini mempunyai aktiviti untuk melihat burung helang pelbagai spesis, sudah tentu saya tak ingin melepaskan peluang tersebut. Untuk melihat burung helang ini, saya perlu menaiki bot dari jeti Pasir Penambang. Saya dibawa ke satu kawasan di tengah laut di mana terdapat sekumpulan burung helang bertebangan bebas di sekitar dan saya juga berpeluang memberi makan kepada burung helang tersebut.   5. Sri Shakti Devasthanam Temple Saya tidak pernah menyangka bahawa di Kuala Selangor juga terdapat sebuah kuil hindu dengan seni dan reka bentuk seakan kuil lama di India. Seni bina bangunan ini amat mengagumkan dan jarang dilihat di kuil-kuil lain di Malaysia. Saya amat tertarik dengan dekorasi di bahagian dalam kuil dan ianya berbeza dengan kuil seperti di Batu Caves. Walaubagaimanapun, saya tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kuil ini. Dekorasi yang indah tersebut adalah di luar kata-kata! Menurut saya, waktu yang paling sesuai untuk datang ke kuil ini ialah pada waktu petang di mana anda dapat menikmati suasana sunset yang sangat cantik di sekitar kawasan kuil. Setelah matahari terbenam, anda juga dapat melihat lampu-lampu di kawasan kuil pada waktu malam — sungguh merupakan suasana yang berbeza. 6. Kuala Selangor Nature Park Taman alam ini terbahagi kepada dua bahagian di mana saya mula berjalan melalui hutan biasa kemudian beransur kepada hutan paya bakau. Keadaan disekitar agak sunyi namun sangat menenangkan ditemani bunyi dari haiwan dan serangga yang terdapat dalam hutan. Di sini juga terdapat menara tinjau untuk saya melihat pemandangan sekeliling dari atas. Apa yang paling menarik perhatian saya ialah laluan yang dibina melalui hutan paya bakau membuatkan saya rasa seperti berada di dunia yang lain. Taman ini merupakan rumah kepada beberapa spesis monyet dan banyak lagi jenis hidupan seperti pelbagai jenis burung, ketam, dan biawak. 7. Bus Restaurant Setelah beberapa jam menghabiskan masa di bawah cahaya matahari yang panas terik, tidak ada apa yang lebih melegakan dari segelas air sejuk. Yang pastinya, restaurant ini bukan sekadar tempat singgah untuk berhenti makan malah sebab utama saya ke sini adalah disebabkan oleh pemandangan yang ditawarkan. Selain lokasinya yang terletak bersebelahan dengan sawah padi menghidangkan pemandangan sangat menyamankan ketika saya menjamu selera, konsep yang digunakan restaurant ini turut menarik perhatian. Bahagian tempat makan kelihatan seperti dalaman bas tradisional, sangat sesuai untuk mengambil gambar untuk media sosial. 8. Kampung Nelayan, Bagan Pasir Selain daripada penanaman padi, Kuala Selangor juga terkenal dengan aktiviti nelayan. Di sini saya dapat melihat sendiri rutin dan kehidupan para nelayan yang keluar ke laut untuk mencari rezeki. Terdapat banyak juga restaurant seafood yang dibuka oleh penduduk sekitar. Saya rasa makan [...]
Save
‘Bila kata orang Melayu malas, orang marah saya tapi ini kebenaran!’
Tindakan afirmatif kerajaan untuk membantu Melayu di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap dan sistem nilai mereka bagi membolehkan mereka berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata kerajaan telah memperkenalkan banyak dasar dan sokongan untuk orang Melayu menerusi tindakan afirmatif yang diterjemahkan melalui peluang dan bantuan kepada mereka namun mereka tetap Melayu yang sama yang gagal sebelum ini. katanya dalam temu bual dengan organisasi media terpilih, di pejabatnya di sini. Dr Mahathir berkata adalah penting untuk Melayu sendiri menukar nilai hidup yang dipegang dan diamalkan, terutamanya yang tidak sepadan dengan kejayaan. Dr Mahathir berkata nilai yang terbaik ialah nilai-nilai Islam yang menganjurkan banyak perkara baik namun masih ramai tidak mengamalkannya. [...]
Save
‘Saya dengar berdesing telinga’
Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan bahawa pemimpin parti Amanah yang berada dalam Kabinet tidak berani membantah cadangan kereta nasional ketiga oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Dakwaan itu disuarakan Wakil Pemuda Amanah Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan semalam bahawa tiada seorang pun anggota dalam kerajaan termasuk daripada Amanah yang berkata apa-apa kepada Mahathir kerana takut hilang jawatan. Kata Khalid, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak hanya menurut sahaja cadangan perdana menteri, sebaliknya perbincangan mengenai satu-satu cadangan dilakukan secara mendalam sebelum keputusan diambil. “Pimpinan kita (ada tegur), banyak isu kita tegur. Dr Mahathir dalam mesyuarat kabinet dia kata, dulu -dulu BN senang saja, aku cakap semua ikut. “Sekarang ini dalam PH, berbahas-bahas dalam mesyuarat kabinet sampai tiga ke empat jam, kerana cuba hendak capai kata sepakat,” katanya ketika memberikan ucapan penggulungan sebagai pengarah komunikasi di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh. [...]
Save
TERKINI : “Saya Sokong Tun Mahathir 100%!” – Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau memberi sokongan seratus peratus kepada pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketua Umum PKR itu turut menyeru rakyat memberi peluang kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu untuk memerintah negara. MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com [...]
Save