Sedap

Sup Ayam: Resepi Mudah yang Sedap dan Berkhasiat
Mereka berkata sup ayam baik untuk jiwa dan kami di Butterkicap pasti setuju. Walaupun jenis berkrim atau stu, semangkuk panas sup ayam semestinya akan hilangkan rasa murung dan menjadikan hari yang penuh tekanan, rasa tidak sihat atau muram menjadi lebih terang dan cerah. Sup ayam pun boleh dimakan begitu sahaja, dihidang dengan pasta dan roti. Atau, sepertimana ramai rakyat Malaysia sudah pasti lebih suka, dengan hidangan besar nasi. Ia juga sedap dimakan untuk santapan tengah hari atau malam bersama lauk-lauk kegemaran seperti sayur-sayuran, daging atau ikan, dan tidak terlupa, nasi! Ada pelbagai jenis dan resepi sup ayam. Kami ingin berkongsi salah satu sup berperisa Malaysia yang pastinya disukai semua, mahupun kanak-kanak atau dewasa. Bahan-bahan 1 ekor ayam, jangan dipotong 5 biji bawang kecil 3 ulas bawang putih 3 biji bawang besar 2 inci halia 2 lobak merah 3 kentang 2 batang saderi 1 batang serai 1 batang kayu manis 2 bunga lawang 5 biji lada putih ½ jambak daun sup ½ jambak daun bawang 1 sup bunjut 2 sudu besar minyak masak 1 liter stok ayam 1 liter air Garam dan lada secukup rasa   (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Cara Menyediakan Ayam Kaedah Pertama, hancurkan bawang putih, halia dan bawang kecil menggunakan alu dan batu lesung sehingga konsistensi sederhana. Jangan hancur sehingga terlalu halus. Seterusnya, gunakan alu atau bahagian rata pisau besar untuk hancurkan serai pada papan pemotong. Kopek saderi dan kisar menggunakan mesin pengisar sehingga halus. Potong lobak merah kedalam tiga bahagian. Kemudian, potong separuh lagi untuk mendapatkan kepingan lobak merah yang tebal dan panjang. Belah kentang kedalam dua bahagian. Potong bawang besar ke dalam lapan bahagian. Hiris daun sup dan daun bawang. Guna separuh untuk memasak dan separuh sebagai hiasan. Dalam periuk besar, panaskan minyak dan masukkan kayu manis, serai, bunga lawang, saderi dan campuran bawang putih, halia dan bawang merah. Goreng sehingga wangi. Masukkan keseluruhan ayam dan masak sehingga permukaan ayam berwarna perang. Pusing dan terbalikkan ayam mengikut keperluan. Jangan tutupkan periuk. Apabila permukaan ayam sudah berwarna perang, tambah stok ayam dan air. Masukkan sup bunjut, lobak merah dan kentang dan masak hingga mendidih. Setelah ayam sudah dimasak (dengan suhu dalaman 66°C hingga 73°C), keluarkan ayam dari periuk. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang besar. Masak hingga mendidih dan sup menjadi pekat. Tambah garam dan lada secukup rasa. Potong ayam dan masukkan kembali kedalam sup. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Didih menggelegak… Tips tambahan Tiada masa untuk membuat stok? Gunakan stok ayam berkotak yang rendah garam. Anda juga boleh memotong ayam anda dan terus meletakkannya di atas mangkuk hidangan. Kemudian, tuangkan sup ke atasnya. Rasa sup akan lebih hebat pada hari berikutnya, menjadikan ia hidangan yang amat baik disimpan jika ada lebihan. Taburkan bawang goreng dalam sup ayam yang siap dimasak sebagai penambah perisa. Kepada yang suka pedas, makan sup ayam dengan nasi dan sambal belacan.   Sup paling sedap dihidang panas untuk merasa ketenangan hati dan kekenyangan perut maksima. Nikmatilah resepi ini dan hashtag #butterkicap jika anda mencubanya!   Sup Ekor: Resepi Mudah Sup Gaya Malaysia Sesuai untuk Hari yang Mendung Resepi Nasi Ayam Hainan Khairy KJ – Cubalah! Resepi Lodeh: Sup Sayur Enak dan Lemak The post Sup Ayam: Resepi Mudah yang Sedap dan Berkhasiat appeared first on Butterkicap. [...]
Save
10 Idea dan Resepi Lauk Daging yang Gerenti Sedap
Sama ada anda baru saja beli daging untuk dimasak atau ada daging berlebihan dalam peti sejuk, resepi-resepi untuk lauk daging ini memang sesuai untuk makanan harian mahupun semasa Hari Raya Korban. Daging memang bukan senang dimasak dan memerlukan penyediaan yang teliti untuk memastikan daging yang dimasak tidak terlalu liat atau kering. Tambah pula, kalau hidangan daging yang dimasak selalu lebih kurang sama, memang boleh mendatangkan bosan, kan? Jadi dengan itu, kami ingin membantu menyelesaikan masalah anda dengan menyenaraikan dalam artikel ini 10 idea lauk daging berserta resepi yang terperinci yang pasti membangkitkan selera anda dan keluarga anda! 1. Daging Jeruk Kredit: wanisukarno.com Resepi lain yang kami mahu ketengahkan ialah daging jeruk. Daging jeruk sangat enak dimakan begitu sahaja atau dengan nasi yang baharu sahaja keluar dari periuk nasi. Bahan-Bahan 50g daging, dihiris nipis 3 sudu besar garam halus 4 biji limau kasturi, dibuang biji Bekas plastik Cara-Cara Basuh daging dan hiris nipis sehingga selesai. Sediakan bekas penyimpanan, boleh bekas plastik atau balang kaca. Lapiskan daging didasar bekas, ratakan air perahan limau dan taburkan garam. Ratakan pada keseluruhan permukaan daging. Ulang langkah sama sehingga selesai semua bahan. Simpan daging tersebut pada bahagian chiller dan simpannya sekurang-kurangnya 1 minggu. Apabila mahu makan, keluarkan dari peti sejuk dan goreng begitu sahaja. Daging enak dimakan begitu sahaja. 2. Acar Daging Kredit: cayangleleh.blogspot.my Hidangan lain yang amat sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera ialah acar daging. Acar daging ini boleh membangkitkan selera anda sebelum anda menjamu hidangan utama. Bahan-Bahan ½ kg daging, dipotong nipis 5 biji cili hidup 4 ulas bawang putih 1 inci halia 2 sudu teh gula 1 sudu besar asam jawa 1 sudu besar kicap 15 cili cili kering 20 ulas bawang merah 1 inci lengkuas 3 biji bawang besar, dikisar 2 sudu teh garam 1 sudu besar cuka 5 sudu besar minyak masak   Cara-Cara Kisar semua bahan diatas kecuali daging, cuka, kicap, air asam jawa, bawang besar dan kemudian tumiskannya hingga naik bau. Masukkan daging dan air. Bila daging empuk, masukkan cuka, kicap, air asam jawa dan bawang besar. Masak hingga kering dan hiaslah sesuka hati.   3. Daging Masak Kong Boh Kredit: thefeminise.blogspot.my Resepi ini ialah untuk salah satu lauk daging yang paling jarang didengari oleh masyarakat Malaysia kerana keunikan resepi daging ini yang bukan sahaja mudah dibuat malahan sangat sedap.   Bahan-Bahan 100g daging 2 ulas bawang putih, dicincang 2 ulas bawang merah, dicincang 1/2 biji bawang besar, dipotong dadu 1 inci halia, dihiris nipis 3 biji cili kering, potong pada 3 bahagian 2 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap masin 1 sudu besar tepung jagung Cara-Cara Perapkan daging dengan kicap pekat dan biarkannya semalaman dalam peti sejuk agar ia diserap sebati. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan biarkannya selama 5 minit dan tambahkan halia dan cili kering. Biarkan daging tersebut dimasak lagi 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak. Selepas itu, masukkan kicap, sos tiram dan kicap masin serta bancuhan tepung jagung  dan kacau sehingga sebati. Apabila kuah sudah pekat dan daging sudah masak, angkat dari kuali dan hidangkan. 4. Daging Goreng Belacan Kredit: mamamiasanasini.blogspot.my Bagi pengemar belacan, resepi lauk daging ini pasti digemari anda. Daging goreng belacan bukan sahaja akan semerbakkan bau belancan malahan ia turut akan meningkatkan selera anda. Bahan-Bahan 200g Daging 10 biji cili hijau 10 biji cili merah 1 sudu teh garam 1 sudu besar serbuk kunyit 1/2 inci halia 3 ulas bawang putih 2 biji bawang merah 1 sudu besar jintan putih 1 sudu makan jintan manis 2 biji tomato 1 inci belacan 400ml air Cara-Cara Potong daging menjadi hirisan nipis dan basuhnya sehingga bersih. Sapukan sedikit serbuk kunyit dan rebuskan daging bersama bawang putih yang di ketuk. Masukkan cili,sedikit kunyit,halia,bawang putih,jintan putih,jintan manis, 1/2 bawang merah dan garam.tumbuk atau kisar sehingga halus. Potong tomato dan hiris nipis bawang merah selebihnya. Apabila daging sudah masak, masukkan tomata dan bawang yang dipotong ke dalam daging. Masukkan bahan yang di kisar ke dalam daging apabila bawang merah dan tomato telah hancur. Masakkannya sehingga naik minyak dan ia sedia untuk dihidang. 5. Daging Masak Babu Kredit: jomcubasendiri.blogspot.my Resepi lain yang kami ingin anda cuba ialah resepi lauk daging masih babu. Hidangan ini agak pedas namun begitu kesimbangan masam, manis serta pedas pasti bangkitkan selera anda. Bahan-Bahan 400g Daging 5 sudu besar cili kering, digiling 2 sudu besar kicap manis 1 biji santan kelapa 4 tangkai daun kari 4 sudu besar minyak masak 1/2 cawan air asam jawa 1/2 sudu teh garam 2 batang kayu manis 5 biji buah pelaga 2 biji bunga lawang 2 biji cengkih Bahan Kisar 2 biji bawang besar 5 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 1 inci halia Cara-Cara Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus dengan cili kering. Kemudian, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih Biarkan hingga pecah minyak dan garing. Selepas itu, masukkan daging dan santan. Setelah daging empuk dan agak kering, masukkan kicap, daun kari dan garam. Biarkan daging masak sehingga empuk dan boleh dimakan. Hidangkan dengan nasi panas. 6. Daging Prunes Kredit: dapur-siti.blogspot.my Mereka yang gemarkan hidangan yang agak manis, resepi daging prunes sesuai untuk anda. Resepi lauk daging yang sedap ini pasti akan bangkitkan selera anda serta membuat anda untuk mencubanya. Bahan-Bahan 300g daging, dipotong nipis 1/2 cawan buah prune, dibuangkan biji dan dikisar halus 5 sudu besar sos tomato 4 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar cili dikisar 2 sudu besar rempah kari 4 sudu besar minyak 1/2 cawan air 2 s [...]
Save
9 Buah Tempatan Paling Sedap yang Berkhasiat Tinggi
Malaysia merupakan salah satu negara yang amat kaya dengan pelbagai buah-buahan. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang gelap, ada yang cerah, ada yang berbau kuat dan ada juga yang langsung tidak berbau. Tidak kira apa sahaja buah kegemaran anda, buah tempatan pasti menjadi sebahagian daripada senarai buah kegemaran anda. Sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan negara Malaysia, kita haruslah mengenali buah-buah tempatan. Kenapa harus kita kenali buah-buahan tempatan? Memandangkan Sukan Sea bakal menjelang lagi 2 minggu, Malaysia pasti akan didatangi ramai pelancong yang mahu menyokong pasukan mereka dan jika mereka tanya anda tentang buah tempatan. Janganlah anda memalukan Malaysia dan tidak tahu memberi jawapannya. Bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku, kami ingin menyenaraikan 10 buah-buah tempatan yang perlu anda tahu agar anda dapat menjawab soalan mereka.   1. Belimbing Saya pasti anda mengetahui rupa bentuk belimbing, jikalau anda tidak tahu, google search lah bentuk belimbing nanti. Belimbing merupakan buah yang selalunya berwarna hijau pucuk pisang. Amat manis dimakan dan sedap dibuat minuman. Selain daripada sedap untuk dimakan dan diminum sahaja, belimbing juga penuh dengan pelbagai khasiat. Antaranya ialah mampu membantu dalam mencegah kanser kerana ianya penuh dengan Vitamin C. Berat buah belimbing 100g akan menghasilkan 34,7 mg vitamin C. Sehubungan itu, kepada mereka yang ingin menurukan kolestrol, belimbing juga boleh menurunkan tahap kolestrol dalam badan anda kerana ianya mengandungi pektin yang  menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.   2. Betik Betik atau nama saintifiknya iaitu Carica Papaya turut digelar sebagai “The fruits of Angels” kerana rasanya yang sedap serta fizikalnya yang sentiasa konsisten seperti mentega. Betik merupakan salah satu buah tropika yang sangat kaya dengan pelbagai vitamin seperti Vitamin A, C, E, K. Selain daripada mengandungi Vitamin A, C, E, K , Betik turut mengandungi ciri-ciri antioksidan yang baik untuk tubuh badan kita. Di samping itu, betik turut mempunyai komponen yang amat bagus untuk kulit dan rambut. Enzim Papain yang terdapat dalam betik mampu menghilangkan tanda-tanda penuaan, kurangkan jerawat serta jeragat. Betik turut mempunyai kandungan mineral, vitamin dan enzim yang merangsangkan pertumbuhan dan menguatkan rambut.   3. Cempedak Bagi mereka yang jarang ke pasar atau membeli buah cempedak, anda pasti akan mempunyai masalah dalam membezakan antara buah cempedak dengan buah nangka. Walaupun buah cempedak dan buah nangka agak sama namun yang membezakan antara mereka ialah bentuk mereka iaitu buah cempedak lebih panjang dan lonjong. Seperti buah-buah tempatan lain, buah cempedak turut mengandungi pelbagai khasiat kepada tumbesaran manusia. Antara khasiat mereka ialah mengandungi bioflavanoid yang boleh mengubati penyakit seperti tumor. Buah cempedak juga mampu mengubati penyakit malaria serta menghilangkan parasit dalam badan kita. Enzim dan bioflavanoid yang terdapat dalam buah cempedak mampu mengubati penyakit tersebut. 4. Ciku Manilkara zapota atau lebih dikenali dengan nama buah ciku merupakan salah satu buah tempatan yang perlu anda tahu. Buah ciku juga dikenali sebagai buah sawa di Malaysia dan  ketinggian buah ciku ini boleh mencapai hingga 30 meter. Buah ciku turut mengandungi pelbagai khasiat kepada manusia dan buah ciku ini dikenali sebagai buah untuk merawat masalah buasir. Cara merawat buasir dengan ciku adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Ianya harus diminum setiap hari sebelum sarapan untuk berkesan. Selain merawat masalah buasir, ciku juga membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh kerana ianya mengandungi elemen kalium, zat besi, asid folat, niacin dan asam pantotent yang membantu dalam proses tersebut.   5. Durian Kredit: utaranews.com Buah seterusnya yang perlu anda tahu sudah semestinya buah durian. Buah durian merupakan salah satu durian yang paling mudah untuk diketahui, carilah durian yang mempunyai duri dan itulah buah durian. Durian turut dikenali sebagai Durio dalam bahasa sainstifiknya. Durio atau durian merupakan salah satu buah yang terdapat di Malaysia dan diklasifikasikan sebagai buah tempatan. Selain daripada buah, isi durian juga dibuatkan sebagai makanan seperti tempoyak dan juga durian goreng. Terdapat pelbagai khasiat durian; antara khasiat tersebut ialah ianya boleh mencegah kemurungan sesorang kerana mengandungi kandungan Vitamin B6 yang tinggi serta mengubati anemia daripada elemen folat, tembaga dan zat besi yang terdapat dalam buah durian.   6. Mangga Buah Mangga atau dalam bahasa latinnya “mangifera indica” berasal dari daerah bombay, India. Perdagangan yang telah dilakukan pada zaman british dahulu telah menyebabkan buah mangga kini berada di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis buah mangga dan antaranya ialah Mangga arumanis, mangga golek, mangga manalagi, mangga madu, mangga telur dan mangga gedung gincu. Saiz serta warna yang berbeza menyebabkan mangga merupakan salah satu buah yang agak unik. Sama seperti buah-buah lain, buah mangga turut mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu ia boleh mengatasi penyakit jantung kerana kandungan serat, vitamin serta kalium adalah baik untuk melindungi organ jantung. Selain itu, mangga turut berfungsi sebagai buah yang boleh mencegah asma kerana mengandungi beta karoten.   7. Rambutan Kredit: citraceritaku.blogspot.com Buah rambutan atau nama glamornya iaitu Nephelium lappaceum merupakan salah satu buah yang terdapat dengan kuantiti yang banyak diseluruh Malaysia. Buah yang bersaiz kecil ini wujud dalam dua warna iaitu warna merah yang bermaksud sudah masak dan warna kuning yang belum boleh di makan lagi. Walaupun bersaiz kecil namun begitu buah rambutan penuh dengan pelbagai khasiat dan antara k [...]
Save
Snek Amazin’ Graze Sedap, Sihat dan Senang di Makan
Kebanyakan rakyat Malaysia agak pantang mendengar perkataan “sihat” dan “bagus untuk kesihatan” apabila merujuk pada makanan. Hal ini memang tidak menghairankan kerana tiada sesiapapun yang dapat menahan diri daripada godaan makanan Malaysia yang enak dan pelbagai. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa kita sudah berputus asa untuk cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan statistik kesihatan yang semakin meruncing, khususnya, dalam kalangan pesakit diabetes dan obesiti, terdapat kepentingan untuk kita mula fokus ke arah menyihatkan badan dan bukannya mementingkan  keinginan lidah serta perut. Sebelum kita berfikir jauh tentang jenis-jenis diet, cara bersenam terbaik dan sebagainya, perkara pertama yang kita perlu fikirkan ialah, “Bagaimana untuk jadi sihat tanpa perlu mengorbankan makanan kegemaran kita?”   Cetusan Idea Amazin’ Graze Sebelum anda sempat mendapatkan jawapan soalan itu daripada Google, kami sudahpun tahu. Jawapannya ada pada dua perkataan ringkas; Amazin’ Graze. Kisah Amazin’ Graze bermula dengan tiga kaki makan tegar. Amy Zheng, Ching Yi Lee dan Sabrina How merupakan profesional dalam bidang masing-masing tetapi masih ada satu kekosongan dalam hidup mereka. Kesibukan membina kerjaya membuatkan sesiapa sahaja, termasuklah tiga gadis tersebut mengalami kesukaran untuk menyeimbangkan pemakanan dan sesi senaman mereka dalam jadual mereka yang padat. Situasi mereka semakin parah apabila mereka berada dalam dilema dan perlu memilih antara makanan dan kesihatan. Apakah pilihan mereka? Menubuhkan Amazin’ Graze. Selepas membuat keputusan tersebut, mereka tidak berpaling lagi. Kini, Amazin’ Graze sudah berusia tiga tahun dan berjaya menempatkan diri mereka sebagai syarikat snek sihat yang menyelerakan dalam kalangan komuniti penjagaan kesihatan tempatan.   Keunikan Amazin’ Graze Bagi anda, mungkin jenama makanan ini kelihatan sama seperti mana-mana syarikat pengeluar snek sihat yang ada di Malaysia. Tambahan pula, dengan penjenamaan produk yang dilabel sebagai sihat, ramai yang pasti sudah mengerutkan muka apabila membayangkan makanan arnab yang tawar-hebiar. Satu gambaran yang tidak menyelerakan, bukan? Kami tidak menyalahkan anda kerana itulah persepsi awal pertama kami sebelum mencuba produk ini.  Sejujurnya, kami betul-betul terkejut apabila mencuba snek kacang campuran mereka. Dari segi rasa, sedikitpun kami tidak menyangka bahawa snek tersebut ialah snek sihat kerana setiap gigitan memberikan letusan rasa lemak yang penuh berperisa. Cukup ketagih! Siapa sangka, anda tidak perlu kompromi rasa demi meningkatkan lagi nilai kesihatan sesuatu makanan dan Amazin’ Graze berjaya melakukan sesuatu yang mustahil menjadi realiti.   Tawaran Produk Amazin’ Graze Amazin’ Graze menawarkan empat kategori produk iaitu; Makanan Super Rangkaian Granola Rangkaian Kekacang Rangkaian Mentega Kekacang Setiap produk tersebut dihasilkan secara manual dan tidak mengandungi sebarang pengawet, penambah perisa, garam dan juga gula. Mereka meletakkan kepentingan untuk menyerlahkan perisa asli setiap produk yang mereka hasilkan, khususnya bagi rangkaian produk mentega kekacang.   Perisa Malaysia Boleh Disihatkan    Bagi anda yang mahukan lebih perisa, jangan risau, Amazin’ Graze tidak melupakan anda. Terdapat empat jenis produk yang diberikan sentuhan perisa klasik kegemaran rakyat Malaysia dengan mengetengahkan perisa bahan tradisional seperti pandan, santan, daun kari dan gula Melaka. Walaupun sedang berdiet, mereka memastikan anda tidak merindui perisa Malaysia yang cukup sebati dengan citarasa kita. Semua orang menang! Nak tahu apa lagi yang ditawarkan, lihat sahaja rangkaian produk Amazin’ Graze di sini.   Kualiti dalam Makanan Sihat Kacang perisa pandan dan santan? Siapa yang tak nak!   Keunikan Amazin’ Graze ini terhasil daripada proses eksperimentasi yang panjang dan juga penjagaan kualiti dalam penyediaan setiap produk yang mereka keluarkan. Agak ironik jika produk sihat atau super yang sepatutnya memberikan manfaat kesihatan tidak disediakan secara bersih. Agak bertentangan, bukan? Setiap produk Amazin’ Graze disediakan setiap hari dalam kuantiti yang ditetapkan agar setiap gigitan atau suapan anda kaya dengan rasa dan memadai untuk mengalas perut anda sementara menunggu waktu makan. Cara penyediaan produk mereka cukup teliti agar setiap bahan yang digunakan tidak melebihi kandungan kalori yang dibenarkan. Kalau ini bukan bukti dedikasi Amazin’ Graze kepada anda, kami tidak tahu apa lagi yang boleh.   Kudap dengan Produk Amazin’ Graze Kini, anda sudahpun mengenali Amazin’ Graze dan sebab anda perlu menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat anda. Tiada alasan lagi untuk anda bertangguh lagi! Ayuh ke laman sesawang mereka, www.amazingraze.co dan mula membeli-belah. Percayalah, pandangan anda tentang konsep gaya hidup sihat akan berubah dengan suapan pertama produk Amazin’ Graze.   The post Snek Amazin’ Graze Sedap, Sihat dan Senang di Makan appeared first on Butterkicap. [...]
Save